ISLAM TIDAK DISANDARKAN NAMA ATAU KAUM TERTENTU


ISLAM TIDAK DISANDARKAN NAMA ATAU KAUM TERTENTU

Banyak agama yang ada di muka bumi ini memperolehi namanya masing-masing adakalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas atau kepada umat yang tertentu yang menubuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan. Agama masihi misalnya mengambil namanya daripada al-masih. Agama Buddha diambil daripada nama pembawanya Gautama Buddha dan agama Yahudi diambil dari kabilah yang terkenal dengan nama Kabilah Yahuda dan lain-lain lagi.
Berlainan dengan agama Islam ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada umat tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang terkandung di dalamnya oleh makna Islam itu sendiri. Ia mempunyai matlamat untuk menghias seluruh penduduk bumi dengan sifat Islam. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini adalah muslim. Juga orang yang berhias dengan pada masa depan adalah muslim.

ISLAM MEMBAWA PRINSIP PERSAMAAN ANTARA MANUSIA

Islam satu agama yang membawa prinsip persamaan antara manusia tanpa memandang perbezaan warna kulit, bangsa, bahasa, pekerjaan dan kekayaan kecuali dari segi iman dan takwa kepada Allah serta banyak beramal kepadanya.
Firman Allah dalam [Surah Al-Hujurat: 13]
Maksudnya :
Wahai manusia, sesungguhnya kami jadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar kami saling kenal mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kami adalah orang yang paling takwa”.

Rasulullah bersabda :
Maksudnya :
Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu adalah Esa, ayah kamu juga satu. Kamu semua berasal dari keturunan Adam dan Nabi Adam daripada tanah. Orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa”.
Banyak ibadah dan peraturan-peraturan dalam Islam yang membawa kepada persamaan manusia seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi.

Rasulullah telah mempraktikkan prinsip ini dengan sabdanya :
Maksudnya :
Jikalau Fatimah binti Muhamad mencuri pasti aku potong tangannya
Khalifah Umar bin Al-Khattab telah melaksanakan hukuman rejam kepada anaknya yang melakukan zina.
Begitu juga Rasulullah telah mendengar seorang Muslim Abu Zar Al-Ghaffar pernah mengeluarkan kata-kata kepada kawannya seorang Muslim (Bilal bin Ribah) yang berasal dari keturunan negro dengan panggilan “Anak Hitam” maka Rasulullah telah memberi teguran dengan mengatakan bahawa panggilan yang sedemikian itu adalah panggilan di masa Jahiliah.

ISLAM SUKARELA DAN ISLAM TERPAKSA

Sebenarnya semua makhluk di dunia ini fitrah semulajadinya Islam, menyerah diri dan patuh kepada Allah. Sama ada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, cakerawala, hidupan dalam lautan atau daratan, secara sukarela atau terpaksa.
Firman Allah dalam [Al-Imran : 83]
Bermaksud :
Apakah yang lain agama Allah mereka mahu, sedang kepadanya (Allah) telah Islam (tunduk dan patuh) segala yang dilangit yang dibumi dengan cara sukarela dan cara terpaksa, kepadanya mereka semua akan dikembalikan.”

Islam terpaksa maksudnya tunduk dan patuh kepada undang-undang atau hukum semulajadi alam yang telah ditetapkan Allah bagi setiap makhluknya yang disebut sunatullah seperti perjalanan matahari, bulan bintang, tabiat api membakar, angin, air dan sebagainya.

Islam sukarela maksudnya ialah tunduk dan mentaati perintah Allah dengan kerelaan, pilihan dan ikhtiar serta ikhlas dari hati serta diri masing-masing seperti menunaikan perkara-perkara yang wajib dan meninggalkan perkara-perkara yang haram iaitu khusus bagi makhluk manusia yang dikurniakan berbagai-bagai kelebihan seperti akal, perasaan, kuasa memilih, kuasa bertindak, petunjuk Al-Quran, pimpinan Nabi dan lain-lain.

KAEDAH MEMPELAJARI ISLAM

Kesilapan atau penyelewengan yang berlaku dalam mempelajari cara-cara dan menghayati agama Islam boleh menimbulkan berbagai-bagai akibat yang buruk seperti penyelewengan ajaran salah, kesesatan, syirik, kufur, murtad dan sebagainya. Kerana itu perlu ada pimpinan mengenai cara-cara atau kaedah mempelajari Islam itu dengan betul. Antara kaedah yang betul :
1. Hendaklah Islam dipelajari dan dikaji menerusi sumber yang asal dan betul iaitu Quran dan Sunnah.
2. Hendaklah mempelajari dengan cara keseluruhan bukan diambil satu-satu bahagian tertentu secara terpisah.
3. Hendaklah dipelajari melalui kitab-kitab yang ditulis dan disusun oleh ulamak-ulamak Islam yang muktabar bukan seperti melalui buku-buku yang ditulis oleh orang jahil terhadap Islam yang berniat jahat atau musuh termasuk orientalis.
4. Hendaklah Islam itu sendiri menjadi bahan atau objek pengajian bukan orang atau pengikut dijadikan objek pengajian.
5. Islam hendaklah dipelajari sebagai satu syariah dan aqidah diyakini diamalkan. Ertinya bukan hanya dipelajari sebagai satu pengetahuan atau maklumat biasa.
Banyak ibadah dan peraturan-peraturan dalam Islam yang membawa kepada persamaan manusia seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi. Rasulullah telah mempraktikkan prinsip

AGAMA ISLAM AGAMA YANG LENGKAP


AGAMA ISLAM AGAMA YANG LENGKAP

Lengkap atau dikenali sebagai syumul merupakan keaslian agama Islam. Maksudnya ajaran Islam telah mengatur semua aspek kehidupan dan perbuatan manusia, sama ada peraturan-peraturan yang menghubungkan antara manusia dengan Allah atau manusia dengan manusia atau manusia dengan benda-benda yang ada di alam ini. Ini merupakan ciri-ciri penting yang membezakan dengan agama-agama lain yang hanya mengatur sebahagian atau beberapa aspek tertentu sahaja. Tegasnya Islam sifatnya adalah sebagai Ad-Din atau cara hidup yang merangkumi semua bidang, meliputi kepercayaan, akhlak, ibadat-ibadat yang mendekatkan diri dengan Allah, munakahat, jenayah, cara-cara pemerintah negara, undang-undang antarabangsa, sistem pemerintahan, pemilihan ketua dan sebagainya.
Allah memberi amaran kuasa kepada mereka yang tidak melaksanakan keseluruhan :
[Al-Baqarah : 85]
Bermaksud :
Apakah kamu percaya kepada setengah kitab dan kamu ingkar dengan yang lainnya ? Maka tiadalah balasan orang yang berbuat demikian kecuali kehinaan di atas bumi. Dan pada hari kiamat nanti mereka akan dimasukkan ke dalam siksaannya pedih dan Allah tidak lalai daripada pekerjaan kamu. "
Sebagai kesimpulan Islam mengatur semua sistem moral, sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan yang terjalin rapi. Tidak memisahkan satu bidang hidup dengan yang lain berada dalam keadaan seimbang satu amat bersesuaian dengan watak semulajadi manusia. Semua peraturan ini memandu manusia ke arah kesempurnaan hidup jasmani dan rohani.

AGAMA ISLAM AGAMA YANG BERSIFAT UNIVERSAL
Sifat universal merupakan ciri keaslian dalam agama Islam. Diturunkan untuk seluruh umat manusia di dunia ini. Islam bukan milik satu bangsa tertentu malah semua manusia di dunia ada hak untuk menganutinya.
Firman Allah dalam [Surah As Saba’ 27]
Maksudnya :
Kami tiada mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekelian manusia untuk memberi khabar gembira dan memberi khabar menakutkan”.

Firmannya lagi dalam [Al-a’raf : 158]
Maksudnya :
Katakanlah, wahai manusia sesungguhnya aku adalah Rasulullah kepada kamu semuanya
Sifat universal juga bermakna agama Islam bukan semata-mata untuk satu generasi atau terbatas pada waktu-waktu atau zaman tertentu saja. Malah sesuai di sepanjang zaman hidup hingga hari kiamat. Walaupun keadaan rupa dunia ini berubah wajah, kemajuan teknologi semakin canggih, Islam tetap sesuai boleh dilaksanakan serta mampu menangani masalah yang timbul di zaman itu.

Oleh itu Islam agama penutup yang sudah sempurna segala-galanya menutup kekurangan, agama yang terdahulu bahkan memperkuatkan apa yang dibawa oleh agama yang dahulu semua keperluan manusia sudah tercakup di dalam peraturan agama Islam. Allah sifatnya Maha Mengetahui dan lagi Maha bijaksana menurunkan peraturan-peraturan yang bersifat universal untuk semua manusia, semua tempat dan semua zaman yang secocok untuk dilaksanakannya.

HUKUMAN DI DUNIA DAN BALASAN DI AKHIRAT

Di dalam agama Islam terdapat hukuman di dunia dan balasan di akhirat yang wajar dan adil samada berbentuk ganjaran pahala atau siksaan. Pahala diberikan kepada mereka dan mentaatinya sementara seksa (dosa) bagi mereka yang sengaja melanggar dan menyalahi perintahnya.
Diadakan hukuman di dunia sebagai nasihat dan petunjuk kepada sipelaku-pelaku kesalahan yang dilaksanakan demi untuk memelihara ketenteraman, kedamaian, kesejahteraan dan ketertiban dalam hidup dan kehidupan manusia. Seterusnya untuk menjamin dan terpelihara hak-hak manusia itu sendiri.
Hukuman di dunia tidak dapat menghapuskan hukuman akhirat kecuali disertai dengan taubat. Taubat tersebut hendaklah disertai dengan penyesalan terhadap kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan dan bercita-cita tidak akan mengulangnya lagi. Seterusnya memohon maaf secara individu sekiranya kesalahan itu berkaitan dengan hak orang lain.

AGAMA ISLAM AGAMA YANG SEDERHANA

Maksud dengan kesederhanaan ialah Islam tidak terlalu berlebih-lebihan dalam segala hal. Ia memberikan dan menempatkan sesuatu itu tepat pada tempatnya. Konsep kesederhanaan yang dianjurkan oleh Islam adalah sebagai formula bagi menyelesaikan persoalan kehidupan manusia dan ianya memperlihatkan bahasa seluruh ajaran Islam adalah mampu dilaksanakan oleh manusia.
Firman Allah dalam [Surah Al-Furqan: 67]
Maksudnya :
Dan orang-orang yang membelanjakan wangnya dengan tiada berlebihan-lebihan dan tiada pula kikir, melainkan adalah pertengahan antara kedua-duanya. "

Hadis :

Maksudnya :
Sebaik-baiknya perkara adalah pertengahan
Dalam Islam seorang tidak boleh mengerahkan segenap daya dan tenaganya hanya untuk beribadat tanpa menghiraukan kehidupan duniawi atau menyiksa dirinya atas dalih untuk beribadat atau menyusahkan dirinya dan menyulitkannya.

Hadis :

Maksudnya :
Telah datang tiga orang sahabat ke rumah isteri-isteri Rasulullah menanyakan tentang ibadahnya ketika diberitakan mereka bertanya bagaimana kita ini jika dibandingkan dengan Rasulullah. Baginda telah diampuni dosanya yang dahulu dan akan datang. Salah seorang di antara mereka berkata Demi Allah aku akan sembahyang terus menerus, yang seorang lagi berkata, Aku akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak akan berbuka. Seorang lagi berkata, Aku akan menyingkir dari perempuan dan tidak akan kahwin untuk selama-lamanya. Maka datanglah Rasulullah lalu bersabda : Kamu yang mengatakan begini dan begitu ?Demi Allah aku adalah orang yang paling takut dan paling takut kepadanya, tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersembahyang dan tidur, kahwin dengan perempuan-perempuan. Barangsiapa benci kepada sunnahku bukanlah dia daripadaku. "

Menyiksa tubuh badan dan membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuan manusia bukanlah datang dari ajaran Islam dan bukanlah cara untuk mencapai kesempurnaan hidup. Sesiapa yang menganggap kesempurnaan hidup dapat dicapai dengan cara sedemikian, merupakan satu khayalan dan menyimpang dari jalan yang benar. Islam adalah agama yang mudah dan sederhana segala-galanya.

KEISTIMEWAAN AGAMA ISLAM


KEISTIMEWAAN AGAMA ISLAM


Agama Islam mempunyai berbagai-bagai keistimewaan berbanding dengan agama-agama lain. Antaranya yang penting adalah seperti berikut :

1. Agama Islam datang dari Allah
2. Agama Islam agama yang syumul
3. Agama Islam agama yang bersifat universal
4. Wujudnya hukuman di dunia dan di akhirat
5. Agama Islam agama yang sederhana
6. Agama Islam tidak disandarkan kepada nama seseorang atau kaum tertentu.
7. Agama Islam membawa persamaan antara manusia
8. Agama Islam agama yang praktikal


CIRI-CIRI AGAMA BUDAYA



1. Datangnya bukan dari Allah tetapi hasil dan akal fikiran manusia.
2.Aqidahnya tidak bedasarkan taubid yang betul, tidak tetap tetapi terdedah untuk sentiasa berubah.
3. Tidak disampaikan oleh Rasul.
4. Tidak mempunyai kitab atau suhuf dan Allah.
5. Konsep ajarannya banyak bertentangan dengan akal fikiran dan tidak sesuai dengan fitrah akal yang waras.
6.Hanya semata-mata ketuhanan



KEPERLUAN MANUSIAKEPADA AGAMA WAHYU


Manusia sejak zaman dahulu kala adalah arnat memerlukan agama Wahyu kerana:-

1. Untuk memenuhi sifat fitrah manusia dan tabiat semulajadi manusia ertinya setiap manusia yang waras pasti ingin mengetahui berbagi-bagai rahsia kehidupan alam ini seperti siapakah pencipta ala mini dariman dating nya dan bagaimana kita di hidupkan.
2. Untuk menyelesaikan segala masalah dan persoalan yang bersifat abstrak alam ghaib yang tidak dapat dicapai oleh akal fikiran dan pancaindera, seperti Syurga, Neraka, Alam Kubur, Syaitan, Malaikat dan sebagainya. Segala kemampuan dan daya yang ada pada manusia seperti akal fikiran, pancaindera, pengalaman dan sebagainya amatlah terbatas kepada benda-benda kasar dan nyata sahaja yang boleh dikesan. Tetapi tidak cukup kuat atau bukan alatnya yang betul untuk menyingkap dan rnemahami wujudnya Tuhan, alam dunia dan Akhirat dalam ertikata yang sebenarnya.
3. Untuk mengenal dan melaksanakan peraturan-peraturan atau syariah yang betul lagi lengkap atau sempurna berasaskan nilai yani mutlak bagi menentukan baik atau buruk, benar atau salah da segala aspek kehidupan.
4. Bagi jiwa yang sedang gelisah, agama akan memberi penenang hati, tidak sedikit kita mendengar orang-orang yang kebingungan dalam dalam hidupnya selama Ia belum beragama tetapi setelah mengamal dan menjalankan agama, ketenangan jiwa akan datang. Ketenangan mnerupakan idaman kepada manusia dan nikmat yang paling besar.
5. Untuk membezakan antara masyarakat manusia dengan masyarakat haiwan. Hidup yang tidak berperaturan itu adaiah hidupnya haiwan. Manusia dengan kehormatannya perlu ada peraturan untuk hidup. Manusia adalah makhluk yang sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah. Manusia haruslah berbeza hidupnya dengan haiwan. Jadi manusia perlu ada peraturan. Peraturan itu dating dan agama wahyu.
6. Dengan cara beragama, nafsu yang degil yang ada pada setiap manusia dapat dikendalikan dengan baik. Tuannya pandai memujuk supaya dinikmati sepenuhnya atau sepuas-puasnya mengikut batas batas hukum, peraturan atau kaedah soslal yang betul.


AGAMA ISLAM DATANG DARI ALLAH



Agama Islam bukan ciptaan manusia, sebagaimana agama-agama lain di muka bumi ini. Ianya datang daripada Allah subhanahu matala yang diturunkan kepada manusia melalui perantaraan malaikat Jibril dan memilih Nabi Muhammad sebagai Rasulnya. Sebagai bukti Al-Quran dan Al-Hadis yang dijadikan sebagai panduan dan pedoman umat Islam. Kedudukannya masih utuh, asli dan original tanpa sedikit pun sebarang perubahan sama ada ditambah atau dikurangkan.
Firman Allah dalam [Az-Zumar : 2]

Maksudnya :

Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu kitab Al-Quran dengan membawa kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadanya


Firmannya dalam [As-Sajadah 2]

Maksudnya :

Turunnya Al-Quran yang tidak ada keraguan padanya adalah daripada uhan pentadbir semesta alam


Firmannya lagi dalam [An-Najam : 3]

Maksudnya :

Dan dia tidak berkata menurut kemahuan hawa nafsunya sendiri.Perkataannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”.


Ayat-ayat di atas menerangkan dan membuktikan Al-Quran dan al-Hadis merupakan wahyu Allah. Allah sifatnya mahu sempurna segala apa bentuk ciptaannya, kejadiannya dan rekaannya adalah sempurna. Sebagai bukti kejadian alam dunia ini dan isi kandungannya. Oleh itu agama Islam adalah agama ciptaannya bukan ciptaan manusia, maka segala-galanya sempurna sama ada bukan peraturannya atau hukum hakamnya atau undang-undangnya. Tidak ada di sana sama sekali erti kelemahan dan kekurangan, penganiayaan dan kezaliman.


Sebagai seorang Muslim yang benar-benar yakni terhadap kebenaran agama Islam tidak mungkin akan memperkatakan sesuatu kenyataan yang boleh menjejaskan imej, keunggulan dan keanggungan agama Islam seperti menyatakan Islam agama kolot, Islam tidak sesuai di zaman ini, undang-undang potong tangan zalim dan sebagainya.

Kenali AGAMA ISLAM


OBJEKTIF 

1. Menyakinkan kepada kita tentang Islam adalah agama benar dan sah di sisi Allah.

2. Kita dapat memahami kefahaman erti Islam yang sebenar menurut Al-Quran dan Hadis sama ada dari segi bahasa atau istilah.

3. Kita boleh menganalisa mengenai keistimewaan dan keunggulan Agama Islam dari semua sudut.

4. Kita dapat membezakan antara Islam secara sukarela dengan Islam terpaksa serta dihayatinya.

5. Memberi panduan kepada kita mengenai kaedah dan cara-cara mempelajari Agama Islam supaya tidak berlaku penyelewengan dan kesesatan.

6. Kita dapat menghayati dan mempraktikkan Islam sebagai satu cara hidup yang praktikal, dinamik dan membawa kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

AGAMA ISLAM

Agama Islam ialah agama yang sah dan benar. Yang diakui sahnya dan benarnya oleh Allah. Tuhan sekelian alam iaitulah Tuhan Yang Maha Esa dan amat berkuasa tidak ada Tuhan yang sebenarnya lain daripadanya. Pengakuan yang disebutkan itu telah diterangkan oleh Allah dengan firmannya di dalam surah Al-Imran ayat 19.


Maksudnya :

Sesungguhnya agama yang benar disisi Allah ialah agama Islam”.

Dalam surah Al-Maidah ayat 3 pula Allah telah berfirman

Maksudnya :

Dan aku redhai agama Islam itu menjadi agama kamu

Dan dalam surah Al-Imran ayat (85) Allah telah memberi amaran dengan firmannya :



Bermaksud :

Dan barang siapa yang menganut agama lain dari agama Islam, tidaklah sekali-kali akan diterima oleh Allah daripadanya dan adalah ia pada hari qiamat termasuk golongan orang yang rugi”.

PENGERTIAN ISLAM 

Islam ialah perkataan bahasa Arab (nama terbitan) yang mempunyai beberapa pengertian. Ia dapat kita fahami demi huraian berikut :

1. Silmun
bererti aman damai (fikiran dan perasaan)

2. Salamun
bererti selamat sejahtera diri, keluarga, masyarakat dan negara di dunia dan di akhirat.

3. Taslimun
bererti menyerah diri, patuh, tunduk taat setia.

4. Suci dan tulin dari sebarang kecacatan zahir dan batin.


Daripada beberapa pengertian di atas dapatlah diambil kesimpulan bahawa dari segi istilah Islam adalah satu agama (kepercayaan dan pegangan hidup) yang menjamin kedamaian fikiran dan perasaan serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan hidup umatnya, diri, keluarga, masyarakat dan negara di dunia dan di akhirat dengan cara (syarat) menyerah diri kepada Allah tunduk, patuh dan sabar melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangannya.


Islam menurut istilah mempunyai banyak pengertian antaranya :


1. Tercantum dalam sebuah hadis yang berbunyi :

Maksudnya :

Hai Muhammad khabarkanlah kepada aku darihal Islam ? Maka Rasulullah S.A.W. menjawab : Islam itu ialah bahawa engkau mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau keluarkan zakat dan engkau puasa bulan Ramadhan dan engkau mengerjakan Haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya


2. Tunduk, patuh, setia dan menyerah diri kepada Allah serta mentaatinya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa. Ketundukan dengan penuh kesedaran merupakan hakikat Islam yang memberi kesan sentiasa redha dan menerima agama Allah sebagai pedoman dan cara hidup dengan rasa tulus ikhlas dan jujur kepadanya.


3. Merupakan kumpulan peraturan yang diturunkan Allah kepada Rasulnya sama ada peraturan yang berbentuk kepercayaan ibadah, akhlak, muamalah dan sejarah yang terkandung di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulnya dan diperintahkan untuk disampaikan kepada umat manusia.


4. Islam adalah pedoman hidup yang sebenarnya petunjuk dalam semua aspek hidup dan kehidupan umat manusia, ubat yang mujarab untuk mengatasi dan memperbaiki masyarakat dan jalan yang betul bagi orang yang bersedia untuk mengikutinya.


5. Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad yang terkandung di dalamnya Aqidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dan akhlak.

Kesimpulannya segala pengertian tersebut di atas hanya contoh dan boleh ditambah dengan berbagai-bagai definasi. Semuanya boleh diterima sekiranya merangkumi maksud ajaran yang terkandung di dalam Islam. Seterusnya semua definasi tersebut tidak bercanggah kerana ianya berlaziman di antara satu sama lain. Semakin banyak definasi menunjukkan kepada kita betapa syumulnya Islam sehingga tidak ada perkataan yang dapat kita terjemahkan makna seerti dengan hakikat Islam.

Panduan mencari jodoh menurut AlQuran dan Hadith


Kita tidak boleh berputus asa untuk mencari isteri solehah atau suami yang soleh. Biar pun sudah banyak kali kita gagal dalam menyintai seseorang dan berniat untuk menjadikannya sebagai pasangan hidup kita dunia dan akhirat.  Biar pun kita pernah bercerai setelah berkahwin dan mengalami kegagalan-kegagalan lain yang seumpamanya. 

Perkahwinan adalah suatu yang dituntut di dalam Islam kerana ianya adalah satu perkara yang mulia , banyak hikmahnya dan sudah bermula dari dalam syurga dulu lagi iaitu perkahwinan antara Adam dan Hawa. Berikut adalah beberapa panduan dari AlQuran dan AlHadith untuk mencari pasangan hidup agar kita dapat bahagia di dunia dan di akhirat insyaAllah.

Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….. (Surah An-Nur : ayat 32-33)

Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah ?  (Surah An Nahl : Ayat 72)

Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Surah Yaa Sin : Ayat 36)

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).



Panduan dari AlQuran

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”  (Surah Ar-Ruum : 21)

Dan Allah membuat isteri Fir’aun sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika isteri Fir’aun berkata: “Wahai Rabbku, bangunkanlah untukku di sisi-Mu sebuah rumah dalam syurga. Dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.” (Perumpamaan yang lain bagi orang-orang beriman adalah) Maryam puteri Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimah-kalimah Rabbnya dan kitab-kitab-Nya, dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat.  (Surah At-Tahrim: 11-12)

Al-Imam Ath-Thabari rahimahullah berkata dalam kitab tafsirnya: “Allah yang Maha Tinggi berfirman bahawasanya Dia membuat perbandingan bagi orang-orang yang membenarkan Allah dan mentauhidkanNya, dengan isteri Fir’aun yang beriman kepada Allah, mentauhidkanNya, dan membenarkan Rasulullah Musa ‘alaihissalam. Sementara wanita ini di bawah penguasaan suami yang kafir, satu dari sekian musuh Allah. Namun kekafiran suaminya itu tidak memudharatkannya, kerana dia tetap beriman kepada Allah. Sementara, termasuk ketetapan Allah kepada makhlukNya adalah seseorang tidaklah dibebani dosa orang lain (tapi masing-masing membawa dosanya sendiri, dan setiap jiwa mendapatkan apa yang dia usahakan.” (Jami’ul Bayan fi Ta`wilil Qur`an/ Tafsir Ath-Thabari, 12/162)

Seorang isteri yang shalihah, dia akan bersabar dengan kekurangan yang ada pada suaminya dan sabar dengan kesulitan hidup bersama suaminya. Tidaklah dia mudah berkeluh kesah di hadapan suaminya atau mengeluhkan suaminya kepada orang lain, apalagi mengumpat suami, menceritakan aib / cacat dan kekurangan si suami. Bagaimana pun kurangnya suami dan kesempitan hidup bersamanya, dia tetap bersyukur di sela-sela kekurangan dan kesempitan tersebut, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala memilih lelaki muslim yang beriman kepada Allah dan hari akhir sebagai pendamping hidupnya. Dan tidak memberinya suami seperti suami Asiyah bintu Muzahim yang sangat kafir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan berbuat aniaya terhadap isteri kerana dia beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan. Di dalamnya ada malaikat yang kasar lagi bengis yang tidak mengingkari terhadap apa yang diperintahkan kepadanya dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.  (Surah At-Tahrim : 6)

Wanita yang shalihah ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri bila suami tidak ada, sebagaimana Allah telah memelihara (mereka).  (Surah An-Nisaa : ayat 34)

Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita hamba yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran. (Surah Al Baqarah : Ayat 221)

Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengahwininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  (Surah An Nisaa’ : Ayat 23)

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.  (Surah Al Furqaan : Ayat 74)

Ayat dalam Surah Al-Furqaan di atas ini boleh juga dijadikan sebagai doa, dan sebaiknya dibaca dalam doa selepas solat atau waktu-waktu lainnya.

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”  (Surah Al Israa’ : Ayat 32)



Panduan dari AlHadith

Rasulullah S.a.w bersabda yang mafhumnya, “Barangsiapa menikah, maka dia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. (Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai ramai anak (subur), kerana aku bangga dengan sebab ramainya kalian di hadapan para nabi nanti pada hari Kiamat. (Hadith Riwayat Ahmad No: 13594 , dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)

Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasullullah s.a.w kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: “Adakah kamu telah melihatnya?" jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah). "Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan. (Hadis Riwayat Tirmizi dan Nasai)

Rasulullah s.a.w bersabda dalam satu hadis, Jika kamu meminang wanita, maka jika boleh melihat pada wanita tersebut untuk dinikahi, maka laksanakanlah.” (Hadis Riwayat Jabir)

Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya dia kahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu. (Muttafaq Alaih)

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah seseorang di antara kamu melamar seseorang yang sedang dilamar saudaranya, hingga pelamar pertama meninggalkan atau mengizinkannya.” (Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut Bukhari)

Hadith di atas menunjukkan tentang haramnya mengganggu apa lagi cuba merampas tunang orang lain. Menurut Dr Yusof AlQardhawi, adalah diharamkan juga seorang muslim meminang pinangan saudaranya kalau ternyata sudah mencapai tingkat persetujuan dengan pihak yang lain. Sebab laki-laki yang meminang pertama itu telah memperolehi suatu hak dan hak ini harus dipelihara dan dilindungi, demi memelihara persahabatan dan pergaulan sesama manusia serta menjauhkan seorang muslim dari sikap-sikap yang dapat merosakkan identiti. Sebab meminang pinangan saudaranya itu serupa dengan perampasan dan permusuhan. 

Tetapi jika laki-laki yang meminang pertama itu sudah memalingkan pandangannya kepada si perempuan tersebut atau memberikan izin kepada laki-laki yang kedua, maka waktu itu laki-laki kedua tersebut tidak berdosa untuk meminangnya. Kerana sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang mengatakan sebagai berikut: 

"Seorang laki-laki tidak boleh meminang pinangan laki-laki lain, sehingga peminang pertama itu meninggalkan (membatalkan) atau mengizinkannya." (Hadith Riwayat Bukhari)

Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” (Hadith Riwayat Abu Dawud)

Dari Zakwan dia berkata: Aku mendengar Aisyah berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang seorang gadis perawan yang dinikahkan oleh keluarganya, apakah dia harus dimintai persetujuan atau kah tidak? Beliau menjawab: "Ya, harus dimintai persetujuan!" Lalu Aisyah berkata: Aku katakan kepada beliau, perempuan itu merasa malu. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Itulah tanda setujunya bila dia diam." (Shahih Muslim No.2544)

Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang sholehah. (Hadith Riwayat Muslim)



Kesimpulan

Banyak lagi panduan lain dari AlQuran dan AlHadith tentang perihal mencari pasangan hidup. Di sini hanya disertakan beberapa sahaja yang sempat saya cari.  Jika anda ada tambahan-tambahan lagi, sila berkongsi di ruangan komen.

Tiada tempat lagi untuk kita bergantung dan berharap agar diberi kebaikan selain dari bergantung dan berharap kepada Allah S.w.t.  Semoga Dia memberi segala kebaikan dan yang terbaik buat kita semua termasuklah pasangan yang dapat membahagiakan hidup kita di dunia dan di akhirat, amiin.

Ibnu Mas’ud r.a pernah berkata yang maksudnya, “Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih suka menikah daripada aku harus menemui Allah sebagai seorang bujang.”  [Ihya' Ulumuddin dan Tuhfatul 'Arus  hal 20]

Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

…(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.  (Surah Ar-Ra’d : ayat 28)