ISLAM TIDAK DISANDARKAN NAMA ATAU KAUM TERTENTU
Banyak agama yang ada di muka bumi ini memperolehi namanya masing-masing adakalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas atau kepada umat yang tertentu yang menubuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan. Agama masihi misalnya mengambil namanya daripada al-masih. Agama Buddha diambil daripada nama pembawanya Gautama Buddha dan agama Yahudi diambil dari kabilah yang terkenal dengan nama Kabilah Yahuda dan lain-lain lagi.
Berlainan dengan agama Islam ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada umat tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang terkandung di dalamnya oleh makna Islam itu sendiri. Ia mempunyai matlamat untuk menghias seluruh penduduk bumi dengan sifat Islam. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini adalah muslim. Juga orang yang berhias dengan pada masa depan adalah muslim.
ISLAM MEMBAWA PRINSIP PERSAMAAN ANTARA MANUSIA
Islam satu agama yang membawa prinsip persamaan antara manusia tanpa memandang perbezaan warna kulit, bangsa, bahasa, pekerjaan dan kekayaan kecuali dari segi iman dan takwa kepada Allah serta banyak beramal kepadanya.
Firman Allah dalam [Surah Al-Hujurat: 13]
Maksudnya :
“Wahai manusia, sesungguhnya kami jadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar kami saling kenal mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kami adalah orang yang paling takwa”.
Rasulullah bersabda :
Maksudnya :
“Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu adalah Esa, ayah kamu juga satu. Kamu semua berasal dari keturunan Adam dan Nabi Adam daripada tanah. Orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa”.
Banyak ibadah dan peraturan-peraturan dalam Islam yang membawa kepada persamaan manusia seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi.
Rasulullah telah mempraktikkan prinsip ini dengan sabdanya :
Maksudnya :
“Jikalau Fatimah binti Muhamad mencuri pasti aku potong tangannya”
Khalifah Umar bin Al-Khattab telah melaksanakan hukuman rejam kepada anaknya yang melakukan zina.
Begitu juga Rasulullah telah mendengar seorang Muslim Abu Zar Al-Ghaffar pernah mengeluarkan kata-kata kepada kawannya seorang Muslim (Bilal bin Ribah) yang berasal dari keturunan negro dengan panggilan “Anak Hitam” maka Rasulullah telah memberi teguran dengan mengatakan bahawa panggilan yang sedemikian itu adalah panggilan di masa Jahiliah.
ISLAM SUKARELA DAN ISLAM TERPAKSA
ISLAM SUKARELA DAN ISLAM TERPAKSA
Sebenarnya semua makhluk di dunia ini fitrah semulajadinya Islam, menyerah diri dan patuh kepada Allah. Sama ada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, cakerawala, hidupan dalam lautan atau daratan, secara sukarela atau terpaksa.
Firman Allah dalam [Al-Imran : 83]
Bermaksud :
“Apakah yang lain agama Allah mereka mahu, sedang kepadanya (Allah) telah Islam (tunduk dan patuh) segala yang dilangit yang dibumi dengan cara sukarela dan cara terpaksa, kepadanya mereka semua akan dikembalikan.”
Islam terpaksa maksudnya tunduk dan patuh kepada undang-undang atau hukum semulajadi alam yang telah ditetapkan Allah bagi setiap makhluknya yang disebut sunatullah seperti perjalanan matahari, bulan bintang, tabiat api membakar, angin, air dan sebagainya.
Islam sukarela maksudnya ialah tunduk dan mentaati perintah Allah dengan kerelaan, pilihan dan ikhtiar serta ikhlas dari hati serta diri masing-masing seperti menunaikan perkara-perkara yang wajib dan meninggalkan perkara-perkara yang haram iaitu khusus bagi makhluk manusia yang dikurniakan berbagai-bagai kelebihan seperti akal, perasaan, kuasa memilih, kuasa bertindak, petunjuk Al-Quran, pimpinan Nabi dan lain-lain.
KAEDAH MEMPELAJARI ISLAM
KAEDAH MEMPELAJARI ISLAM
Kesilapan atau penyelewengan yang berlaku dalam mempelajari cara-cara dan menghayati agama Islam boleh menimbulkan berbagai-bagai akibat yang buruk seperti penyelewengan ajaran salah, kesesatan, syirik, kufur, murtad dan sebagainya. Kerana itu perlu ada pimpinan mengenai cara-cara atau kaedah mempelajari Islam itu dengan betul. Antara kaedah yang betul :
1. Hendaklah Islam dipelajari dan dikaji menerusi sumber yang asal dan betul iaitu Quran dan Sunnah.
2. Hendaklah mempelajari dengan cara keseluruhan bukan diambil satu-satu bahagian tertentu secara terpisah.
3. Hendaklah dipelajari melalui kitab-kitab yang ditulis dan disusun oleh ulamak-ulamak Islam yang muktabar bukan seperti melalui buku-buku yang ditulis oleh orang jahil terhadap Islam yang berniat jahat atau musuh termasuk orientalis.
4. Hendaklah Islam itu sendiri menjadi bahan atau objek pengajian bukan orang atau pengikut dijadikan objek pengajian.
5. Islam hendaklah dipelajari sebagai satu syariah dan aqidah diyakini diamalkan. Ertinya bukan hanya dipelajari sebagai satu pengetahuan atau maklumat biasa.
Banyak ibadah dan peraturan-peraturan dalam Islam yang membawa kepada persamaan manusia seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi. Rasulullah telah mempraktikkan prinsip
2. Hendaklah mempelajari dengan cara keseluruhan bukan diambil satu-satu bahagian tertentu secara terpisah.
3. Hendaklah dipelajari melalui kitab-kitab yang ditulis dan disusun oleh ulamak-ulamak Islam yang muktabar bukan seperti melalui buku-buku yang ditulis oleh orang jahil terhadap Islam yang berniat jahat atau musuh termasuk orientalis.
4. Hendaklah Islam itu sendiri menjadi bahan atau objek pengajian bukan orang atau pengikut dijadikan objek pengajian.
5. Islam hendaklah dipelajari sebagai satu syariah dan aqidah diyakini diamalkan. Ertinya bukan hanya dipelajari sebagai satu pengetahuan atau maklumat biasa.
Banyak ibadah dan peraturan-peraturan dalam Islam yang membawa kepada persamaan manusia seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi. Rasulullah telah mempraktikkan prinsip
No comments:
Post a Comment