KEISTIMEWAAN AGAMA ISLAM


KEISTIMEWAAN AGAMA ISLAM


Agama Islam mempunyai berbagai-bagai keistimewaan berbanding dengan agama-agama lain. Antaranya yang penting adalah seperti berikut :

1. Agama Islam datang dari Allah
2. Agama Islam agama yang syumul
3. Agama Islam agama yang bersifat universal
4. Wujudnya hukuman di dunia dan di akhirat
5. Agama Islam agama yang sederhana
6. Agama Islam tidak disandarkan kepada nama seseorang atau kaum tertentu.
7. Agama Islam membawa persamaan antara manusia
8. Agama Islam agama yang praktikal


CIRI-CIRI AGAMA BUDAYA



1. Datangnya bukan dari Allah tetapi hasil dan akal fikiran manusia.
2.Aqidahnya tidak bedasarkan taubid yang betul, tidak tetap tetapi terdedah untuk sentiasa berubah.
3. Tidak disampaikan oleh Rasul.
4. Tidak mempunyai kitab atau suhuf dan Allah.
5. Konsep ajarannya banyak bertentangan dengan akal fikiran dan tidak sesuai dengan fitrah akal yang waras.
6.Hanya semata-mata ketuhanan



KEPERLUAN MANUSIAKEPADA AGAMA WAHYU


Manusia sejak zaman dahulu kala adalah arnat memerlukan agama Wahyu kerana:-

1. Untuk memenuhi sifat fitrah manusia dan tabiat semulajadi manusia ertinya setiap manusia yang waras pasti ingin mengetahui berbagi-bagai rahsia kehidupan alam ini seperti siapakah pencipta ala mini dariman dating nya dan bagaimana kita di hidupkan.
2. Untuk menyelesaikan segala masalah dan persoalan yang bersifat abstrak alam ghaib yang tidak dapat dicapai oleh akal fikiran dan pancaindera, seperti Syurga, Neraka, Alam Kubur, Syaitan, Malaikat dan sebagainya. Segala kemampuan dan daya yang ada pada manusia seperti akal fikiran, pancaindera, pengalaman dan sebagainya amatlah terbatas kepada benda-benda kasar dan nyata sahaja yang boleh dikesan. Tetapi tidak cukup kuat atau bukan alatnya yang betul untuk menyingkap dan rnemahami wujudnya Tuhan, alam dunia dan Akhirat dalam ertikata yang sebenarnya.
3. Untuk mengenal dan melaksanakan peraturan-peraturan atau syariah yang betul lagi lengkap atau sempurna berasaskan nilai yani mutlak bagi menentukan baik atau buruk, benar atau salah da segala aspek kehidupan.
4. Bagi jiwa yang sedang gelisah, agama akan memberi penenang hati, tidak sedikit kita mendengar orang-orang yang kebingungan dalam dalam hidupnya selama Ia belum beragama tetapi setelah mengamal dan menjalankan agama, ketenangan jiwa akan datang. Ketenangan mnerupakan idaman kepada manusia dan nikmat yang paling besar.
5. Untuk membezakan antara masyarakat manusia dengan masyarakat haiwan. Hidup yang tidak berperaturan itu adaiah hidupnya haiwan. Manusia dengan kehormatannya perlu ada peraturan untuk hidup. Manusia adalah makhluk yang sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah. Manusia haruslah berbeza hidupnya dengan haiwan. Jadi manusia perlu ada peraturan. Peraturan itu dating dan agama wahyu.
6. Dengan cara beragama, nafsu yang degil yang ada pada setiap manusia dapat dikendalikan dengan baik. Tuannya pandai memujuk supaya dinikmati sepenuhnya atau sepuas-puasnya mengikut batas batas hukum, peraturan atau kaedah soslal yang betul.


AGAMA ISLAM DATANG DARI ALLAH



Agama Islam bukan ciptaan manusia, sebagaimana agama-agama lain di muka bumi ini. Ianya datang daripada Allah subhanahu matala yang diturunkan kepada manusia melalui perantaraan malaikat Jibril dan memilih Nabi Muhammad sebagai Rasulnya. Sebagai bukti Al-Quran dan Al-Hadis yang dijadikan sebagai panduan dan pedoman umat Islam. Kedudukannya masih utuh, asli dan original tanpa sedikit pun sebarang perubahan sama ada ditambah atau dikurangkan.
Firman Allah dalam [Az-Zumar : 2]

Maksudnya :

Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu kitab Al-Quran dengan membawa kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadanya


Firmannya dalam [As-Sajadah 2]

Maksudnya :

Turunnya Al-Quran yang tidak ada keraguan padanya adalah daripada uhan pentadbir semesta alam


Firmannya lagi dalam [An-Najam : 3]

Maksudnya :

Dan dia tidak berkata menurut kemahuan hawa nafsunya sendiri.Perkataannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”.


Ayat-ayat di atas menerangkan dan membuktikan Al-Quran dan al-Hadis merupakan wahyu Allah. Allah sifatnya mahu sempurna segala apa bentuk ciptaannya, kejadiannya dan rekaannya adalah sempurna. Sebagai bukti kejadian alam dunia ini dan isi kandungannya. Oleh itu agama Islam adalah agama ciptaannya bukan ciptaan manusia, maka segala-galanya sempurna sama ada bukan peraturannya atau hukum hakamnya atau undang-undangnya. Tidak ada di sana sama sekali erti kelemahan dan kekurangan, penganiayaan dan kezaliman.


Sebagai seorang Muslim yang benar-benar yakni terhadap kebenaran agama Islam tidak mungkin akan memperkatakan sesuatu kenyataan yang boleh menjejaskan imej, keunggulan dan keanggungan agama Islam seperti menyatakan Islam agama kolot, Islam tidak sesuai di zaman ini, undang-undang potong tangan zalim dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment