AGAMA ISLAM AGAMA YANG LENGKAP


AGAMA ISLAM AGAMA YANG LENGKAP

Lengkap atau dikenali sebagai syumul merupakan keaslian agama Islam. Maksudnya ajaran Islam telah mengatur semua aspek kehidupan dan perbuatan manusia, sama ada peraturan-peraturan yang menghubungkan antara manusia dengan Allah atau manusia dengan manusia atau manusia dengan benda-benda yang ada di alam ini. Ini merupakan ciri-ciri penting yang membezakan dengan agama-agama lain yang hanya mengatur sebahagian atau beberapa aspek tertentu sahaja. Tegasnya Islam sifatnya adalah sebagai Ad-Din atau cara hidup yang merangkumi semua bidang, meliputi kepercayaan, akhlak, ibadat-ibadat yang mendekatkan diri dengan Allah, munakahat, jenayah, cara-cara pemerintah negara, undang-undang antarabangsa, sistem pemerintahan, pemilihan ketua dan sebagainya.
Allah memberi amaran kuasa kepada mereka yang tidak melaksanakan keseluruhan :
[Al-Baqarah : 85]
Bermaksud :
Apakah kamu percaya kepada setengah kitab dan kamu ingkar dengan yang lainnya ? Maka tiadalah balasan orang yang berbuat demikian kecuali kehinaan di atas bumi. Dan pada hari kiamat nanti mereka akan dimasukkan ke dalam siksaannya pedih dan Allah tidak lalai daripada pekerjaan kamu. "
Sebagai kesimpulan Islam mengatur semua sistem moral, sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan yang terjalin rapi. Tidak memisahkan satu bidang hidup dengan yang lain berada dalam keadaan seimbang satu amat bersesuaian dengan watak semulajadi manusia. Semua peraturan ini memandu manusia ke arah kesempurnaan hidup jasmani dan rohani.

AGAMA ISLAM AGAMA YANG BERSIFAT UNIVERSAL
Sifat universal merupakan ciri keaslian dalam agama Islam. Diturunkan untuk seluruh umat manusia di dunia ini. Islam bukan milik satu bangsa tertentu malah semua manusia di dunia ada hak untuk menganutinya.
Firman Allah dalam [Surah As Saba’ 27]
Maksudnya :
Kami tiada mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekelian manusia untuk memberi khabar gembira dan memberi khabar menakutkan”.

Firmannya lagi dalam [Al-a’raf : 158]
Maksudnya :
Katakanlah, wahai manusia sesungguhnya aku adalah Rasulullah kepada kamu semuanya
Sifat universal juga bermakna agama Islam bukan semata-mata untuk satu generasi atau terbatas pada waktu-waktu atau zaman tertentu saja. Malah sesuai di sepanjang zaman hidup hingga hari kiamat. Walaupun keadaan rupa dunia ini berubah wajah, kemajuan teknologi semakin canggih, Islam tetap sesuai boleh dilaksanakan serta mampu menangani masalah yang timbul di zaman itu.

Oleh itu Islam agama penutup yang sudah sempurna segala-galanya menutup kekurangan, agama yang terdahulu bahkan memperkuatkan apa yang dibawa oleh agama yang dahulu semua keperluan manusia sudah tercakup di dalam peraturan agama Islam. Allah sifatnya Maha Mengetahui dan lagi Maha bijaksana menurunkan peraturan-peraturan yang bersifat universal untuk semua manusia, semua tempat dan semua zaman yang secocok untuk dilaksanakannya.

HUKUMAN DI DUNIA DAN BALASAN DI AKHIRAT

Di dalam agama Islam terdapat hukuman di dunia dan balasan di akhirat yang wajar dan adil samada berbentuk ganjaran pahala atau siksaan. Pahala diberikan kepada mereka dan mentaatinya sementara seksa (dosa) bagi mereka yang sengaja melanggar dan menyalahi perintahnya.
Diadakan hukuman di dunia sebagai nasihat dan petunjuk kepada sipelaku-pelaku kesalahan yang dilaksanakan demi untuk memelihara ketenteraman, kedamaian, kesejahteraan dan ketertiban dalam hidup dan kehidupan manusia. Seterusnya untuk menjamin dan terpelihara hak-hak manusia itu sendiri.
Hukuman di dunia tidak dapat menghapuskan hukuman akhirat kecuali disertai dengan taubat. Taubat tersebut hendaklah disertai dengan penyesalan terhadap kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan dan bercita-cita tidak akan mengulangnya lagi. Seterusnya memohon maaf secara individu sekiranya kesalahan itu berkaitan dengan hak orang lain.

AGAMA ISLAM AGAMA YANG SEDERHANA

Maksud dengan kesederhanaan ialah Islam tidak terlalu berlebih-lebihan dalam segala hal. Ia memberikan dan menempatkan sesuatu itu tepat pada tempatnya. Konsep kesederhanaan yang dianjurkan oleh Islam adalah sebagai formula bagi menyelesaikan persoalan kehidupan manusia dan ianya memperlihatkan bahasa seluruh ajaran Islam adalah mampu dilaksanakan oleh manusia.
Firman Allah dalam [Surah Al-Furqan: 67]
Maksudnya :
Dan orang-orang yang membelanjakan wangnya dengan tiada berlebihan-lebihan dan tiada pula kikir, melainkan adalah pertengahan antara kedua-duanya. "

Hadis :

Maksudnya :
Sebaik-baiknya perkara adalah pertengahan
Dalam Islam seorang tidak boleh mengerahkan segenap daya dan tenaganya hanya untuk beribadat tanpa menghiraukan kehidupan duniawi atau menyiksa dirinya atas dalih untuk beribadat atau menyusahkan dirinya dan menyulitkannya.

Hadis :

Maksudnya :
Telah datang tiga orang sahabat ke rumah isteri-isteri Rasulullah menanyakan tentang ibadahnya ketika diberitakan mereka bertanya bagaimana kita ini jika dibandingkan dengan Rasulullah. Baginda telah diampuni dosanya yang dahulu dan akan datang. Salah seorang di antara mereka berkata Demi Allah aku akan sembahyang terus menerus, yang seorang lagi berkata, Aku akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak akan berbuka. Seorang lagi berkata, Aku akan menyingkir dari perempuan dan tidak akan kahwin untuk selama-lamanya. Maka datanglah Rasulullah lalu bersabda : Kamu yang mengatakan begini dan begitu ?Demi Allah aku adalah orang yang paling takut dan paling takut kepadanya, tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersembahyang dan tidur, kahwin dengan perempuan-perempuan. Barangsiapa benci kepada sunnahku bukanlah dia daripadaku. "

Menyiksa tubuh badan dan membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuan manusia bukanlah datang dari ajaran Islam dan bukanlah cara untuk mencapai kesempurnaan hidup. Sesiapa yang menganggap kesempurnaan hidup dapat dicapai dengan cara sedemikian, merupakan satu khayalan dan menyimpang dari jalan yang benar. Islam adalah agama yang mudah dan sederhana segala-galanya.

No comments:

Post a Comment