Tentang proses kejadian zuriat keturunan Adam pula Al-Quran menjelaskan begitu detail melalui istilah seperti berikut :
(a) Dari air pati yang hina
Firman Allah [Al-Sajdah 9]
Firman Allah [Al-Sajdah 9]
Maksudnya :-
Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani).
Firman Allah [Al-Tariq 5 - 7]
Maksudnya :
Maksudnya :
Setelah mengetahui yang demikian, maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan �Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut ke dalam rahim, yang keluar dari tulang sulbi dan tulang dada perempuan.
(b) Janin dari perut ibu.
(b) Janin dari perut ibu.
Firman Allah [Al-Najm : 32]
Maksudnya :-
Dan ketika kamu masih janin dalam perut ibu kamu
(c) Berperingkat
Firman Allah [Al-Mukminan : 9 - 4]
Maksud :-
(c) Berperingkat
Firman Allah [Al-Mukminan : 9 - 4]
Maksud :-
Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari sesuatu saripati (berasal) dari tanah, kemudian dijadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulang berulang, lalu tulang berulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha sucilah Allah Pencipta yang paling baik. Kemudian sesudah itu, sesungguhnya kamu sekelian benar-benar akan mati, kemudian sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) dan Hari Qiamat.
Ringkas dan jelasnya bahawa unsur jasmani dicipta dari tanah di bumi. Ilmu Sains telah membuktikan bahawa terdapat dalam diri manusia unsur-unsur yang juga ada pada bumi. Walaupun penemuan sains itu tidak boleh dianggap hakikat ilmiah yang mutlak sehingga dapat menafsirkan hakikat Al-Quran dengan tepat, namun ianya dapt menjelaskan sebahagian dari hakikat Al-Quran yang mutlak dan sempurna.
Oleh kerana asal kejadian manusia dari sudut unsur jasmani itu ialah dair tanah maka segala tuntutan dan keperluan hidup bersifat jasmani adalah juga dari tanah. Tuntutan dan juga keperluan hidup manusia yang bersifat jasmani terkumpul dalam tiga perkara pokok : makanana dan minuman, pakaian dan perhiasan, kediaman dan keamanan, hakikat ini dibayangkan oleh Al-Quran.
Ringkas dan jelasnya bahawa unsur jasmani dicipta dari tanah di bumi. Ilmu Sains telah membuktikan bahawa terdapat dalam diri manusia unsur-unsur yang juga ada pada bumi. Walaupun penemuan sains itu tidak boleh dianggap hakikat ilmiah yang mutlak sehingga dapat menafsirkan hakikat Al-Quran dengan tepat, namun ianya dapt menjelaskan sebahagian dari hakikat Al-Quran yang mutlak dan sempurna.
Oleh kerana asal kejadian manusia dari sudut unsur jasmani itu ialah dair tanah maka segala tuntutan dan keperluan hidup bersifat jasmani adalah juga dari tanah. Tuntutan dan juga keperluan hidup manusia yang bersifat jasmani terkumpul dalam tiga perkara pokok : makanana dan minuman, pakaian dan perhiasan, kediaman dan keamanan, hakikat ini dibayangkan oleh Al-Quran.
[Taha : 117 - 119]
Maksudnya :-
Maka kami berfirman : Wahai Adam sesungguhnya (iblis) ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) alam menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam syurga itu, dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa fabrik-fabrik dan kilang kilang industri di dunia ini tidak terkeluar dari menyediakan tuntutan dan keperluan jasmani manusia semata-mata. Manusia yang hanya mengakui unsur jasmaninya sahaja dalam hidupnya, itulah yang disebut kebendaan. Manusia ini tidak lebih dari benda, bahkan lebih rendah kerana manusia yang selayaknya menjadi tuan kepada benda, yang menguasai benda telah menurun kepada taraf hamba benda yang dikuasai oleh benda. Manusia kebendaan ini adalah manusia yang ingin mahu kekal di dunia, dan mereka ini diumpamakan oleh Al-Quran sebagai Anjing yang sentiasa termengah-mengah dalam keadaan yang menjelirkan lidah. Sama ada dihalau atau dibiarkan ia tetap menjelirkan lidah dan termengah-mengah. Islam didatangkan kepada manusia ialah untuk memelihara manusia supaya kekal dalam tahap keinsafan atau Ilahi. Menurut yang telah ditetapkan oleh Islam bahawa unsur jasmani serta tuntutan dan keperluan jasmani atau kebendaan itu hanyalah sebagai jalan @ awasilah @ means kepada unsur rohani. Jasmani atau kebendaan hanyalah alat @ khadam, @ kenderaan untuk mencapai matlamat rohani atau kerohanian.
UNSUR ROHANI
Adapun tentang unsur kerohanian maka Al-Quran menegaskan :-
[Al-Hijr : 29]
[Al-Hijr : 29]
Maksudnya :
Kemudian apabila aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanku) maka hendaklah kamu sujud kepadaku.
Dan apabila Aku (Allah) jadikan bentuk rupanya dan Aku (Allah) tiupkan padanya dari rohku.
Dan apabila Aku (Allah) jadikan bentuk rupanya dan Aku (Allah) tiupkan padanya dari rohku.
Dalam ayat-ayat yang disebut di atas Allah hanya menegaskan bahawa Allah telah meniupkan DARI ROHNYA, pada jasmani Adam atau jasmani zuriat keturunannya setelah dijadikan bentuk rupanya sebagai insan (adalah insan yang serupa bentuk insan kini) Allah tidak menceritakan kepada kita tentang bagaimana cara atau kaifiyat Allah meniupkan Dari Rohnya itu. Cara atau kaifiyat ini dirahsiakan oleh Allah yang hanya menjadi hak keistimewaanNya sahaja sebagai Tuhan Maha Pencipta. Akidah yang benar dan terjamin selamat ialah bahawa Allah telah meniupkan Dari Rohnya dengan cara atau kaifiyat yang layak dengan keagungan Allah, dengan maha suci, dan dengan kesempurnaan Allah.
Kita tidak selayaknya dan tidak seharusnya mempergunakan akal kita atau memaksa akal kita untuk mengkaji dan mencari jawapannya kepada Allah yang Maha Pencipta manusia sendiri tidak pun membayangkan keharusan akal untuk mengharunginya. Ini tidak bererti Islam merendahkan daya kemampuan akal manusia tetapi sebaliknya dengan tindakan ini Islam telah menghormati akal manusia dengan meletakkan akal pada batas daerah kemampuan serta menegaskan batas daerah yang di luar kemampuannya persoalan bagaimana Allah telah meniupkan Dari RohNya adalah persoalan yang di luar dari kemampuan akal manusia.
Dari nas-nas yang dibentangkan oleh Allah tadi terbukti dengan jelas bahawa manusia dicipta dari dua unsur . Jasmani yang berpunca dari tanah dan ke dua dari unsur rohani yang berpunca dari urusan ketuhanan, atau dari alam ketinggian dan kedudusan, dari sisi Allah. Cantuman dari dua unsur yang berbeza dan berlainan tabiat, sumber dan arah matlamatnya terciptanya insan @ manusia dengan kekuasaan dan Iradah Allah.
TUNTUTAN ROHANI
TUNTUTAN ROHANI
Sebagaimana unsur jasmaninya mempunyai tuntutan atau keperluan yang sesuai dengan tabiat kejasmaniannya, maka demikian juga unsur rohaninya mempunyai tuntutan atau keperluan yang sesuai dengan tabiat kerohaniannya. Sebagaimana tuntutan jasmani itu berpunca dari tanah, maka demikianlah juga tuntutan rohaninya itu berpunca dari alam ketinggian dan kedudusan; iaitu terangkum pada : akidah, akhlak dan pengabdian; atau ringkasannya yang tersimpul dalam kalimah ISLAM.
Menepati dengan hakikat ini Allah menegaskan bahawa agama Islam itu adalah fitratullah atau fitrah semulajadi manusia. Yang bererti Allah menjadikan manusia dari tanah dan menciptakan pula agama Islam untuk panduan hidupnya, sebagai suatu cara hidup yang lengkap sempurna, sesuai dengan tabiat semulajadi manusia itu sendiri.
KEINDAHAN DAN KESEMPURNAAN INSAN
KEINDAHAN DAN KESEMPURNAAN INSAN
Allah menegaskan bahawa kejadian Insan adalah sebaik dan seindah kejadian iaitu keindahan yang dikehendaki ialah keindahan dalam kedua-dua unsurnya jasmani dan rohani. Bentuk lahir atau jasmaninya memanglah indah dan sempurna. Bentuk keindahan ini secara langsung adalah dari ciptaan Allah. Tetapi keindahan dalam bentuk lahirnya yang diistilahkan oleh Al-Quran itu belum menepati keindahan dan kesempurnaan insan seperti yang dikehendaki oleh Allah Maha Penciptanya. Keindahan dan kesempurnaan Insan memerlukan juga kepada pembentukan keindahan rohani yang diistilahkan oleh Al-Quran. Keindahan Al-Khalaq memerlukan keindahan Al-Khuluk supaya ia benar menepati dengan Fi-Ahsani Taqwim (dalam sebaik-baik kejadian) . Tanpa keindahan Al-Khuluq dan keindahan rohani maka manusia akan jatuh ke taraf yang paling rendah dari segala yang rendah.
Untuk mendapatkan keindahan rohani maka usaha itu diserahkan kepada manusia supaya membentuk diri kerohaniannya atau keperibadiannya itu mengikut acuan yang telah ditentukan oleh Allah Maha Penciptanya.
Ringkasnya manusia hendaklah meleburkan unsur kerohaniannya ke dalam Acuan Allah.
Kesimpulan : Walaupun manusia dicipta dari dua unsur yang berbeza dan bercanggah tetapi dengan kekuasaan Allah yang memiliki unsur-unsur dan undang-undangnya telah mencantumkan kedua-dua unsur tersebut dalam satu bentuk kejadian yang dinamakan manusia. Kegiatan kedua-dua unsur tersebut hanya akan dapat melukiskan ciptaan seni hidup yang indah dan bernilai jika sekiranya berpandukan acuan yang telah ditentuka oleh Maha Penciptanya. Tanpa panduan dari formula atau kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Allah Maha Penciptanya maka sudah pasti akan melahirkan lukisan hidup yang tidak seni dan bernilai yang mengisi tamadun Islam.
No comments:
Post a Comment